Mencari Corak-Corak Kegemaran Anda

featured

Anda banyak tak imej corak-corak atau “pattern” yang anda sangat suka, tapi anda tak tau di mana atau macam mana nak cari? Kami nak share di sini, cara-cara macam mana nak dapatkan imej pattern yang cantik, colorful dan juga unik di Internet.

Google Image Search

gsearch

 

Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Google Image Search. Anda hanya perlu taip sahaja “keyword” atau nama pattern yang anda suka dan anda akan dipaparkan dengan hasil carian pattern yang berkaitan dengan yang anda mahukan.

Sebagai contoh, kami membuat carian “chevron pattern” dan seperti dalam gambar di atas, bermacam-macam paparan yang kami dapat yang berkaitan dengan keyword yang kami guna.

Untuk mendapatkan atau “download” imej yang anda kehendaki, anda hanya perlu klik imej tersebut dan setelah paparan yang lebih besar dikeluarkan, ‘right-click’ dan ‘Save Image as”. Pastikan juga imej yang anda mahu guna dilabel sebagai penggunaan semula.

Website Deposit Imej

floralpattern

 

Di Internet, banyak juga website yang berfungsi sebagai hub atau tempat koleksi imej. Anda boleh akses website-website jenis hub tersebut untuk mencari pattern kesukaan anda, seperti Freepik, iStockphotos, Shutterstock dan sebagainya.

Kami gunakan website Freepik sebagai contoh, dengan melakukan carian ‘floral pattern’. Anda boleh lihat dalam gambar di atas, banyak gambar-gambar yang anda boleh jadikan background yang sangat cantik!

Di samping imej-imej percuma yang sedia di-download, website-website seperti ini juga menyediakan imej berbayar, yang kebiasannya lebih cantik dan kreatif dari imej yang percuma. Untuk kegunaan individu, caj untuk imej-imej berbayar biasanya lebih rendah dari caj untuk kegunaan komersial.

Jadi, jika anda hanya ingin guna untuk kegunaan peribadi, jangan lepaskan peluang untuk ‘shopping’ imej-imej yang cantik dan semestinya unik.

Etsy

etsybg

 

Etsy adalah website jenis ‘Marketplace’, tempat berjuta-juta penjual dari serata dunia, menjual hasil kerja tangan mereka – ataupun ‘homemade’. Kami highlight Etsy, kerana penjual-penjual di situ sangatlah KREATIF!

Kalau anda masih tak puas hati dengan gambar-gambar percuma yang tipikal atau generik, Etsy adalah salah satu venue yang sangat best untuk anda cuba. Walaupun berbayar, tetapi koleksinya sangat kreatif, unik dan one-of-a-kind.

Sudah Jumpa Corak Favorite?

Kalau anda sudah jumpa, dan ingin aksesori-aksesori atau barang harian anda berupa corak-corak tersebut, anda boleh upload dan design sendiri barang-barang custom di LINK INI. (Sila gunakan desktop/PC Chrome browser untuk online design tool kami, bagi paparan yang lebih lancar.)

Selamat mencuba dan jangan lupa enjoy!